Cara Penggunaan TDS & EC Meter untuk Tanaman Hidroponik

Cara Penggunaan TDS & EC Meter untuk Tanaman Hidroponik

tds-meter.jpg


Fungsi TDS dan EC adalah untuk mengukur kepekatan nutrient dengan mengukur bendasing yang wujud selepas baja ditambah.

Jika kita lihat, dua sukatan ini macam benda yang berbeza tapi fungsinya adalah sama. Perbezaan alat sukatan TDS dan EC ini adalah unit dua sukatannya.

TDS unit sukatannya adalah PPM manakala EC unit sukatannya adalah microsiemen.

Di Malaysia kebanyakan sukatan pakai EC. Jangan risau kalau pakai sukatan TDS pun boleh pakai, cuma perlu pandai buat tukaran unit.

Tukaran unit TDS kepada EC :

Nilai TDS x 2 / 1000
Contoh: nilai TDS = 1200 PPM
1200 PPM x 2 / 1000 = 2.4 EC

Tukaran unit EC kepada TDS :

Nilai EC x 1000 / 2
Contoh: nilai EC = 2.0 EC
2.0 EC x 1000 / 2 = 1000 PPM

bacaan ec.jpg


Tak perlu peningkan kepala sekiranya tahu cara buat penyelarasan. Yang penting ada alat sukatan TDS atau EC meter ini.

Ramai orang jual baja AB (nutrien) dengan kepekatan yang berbeza. Ada yang jual dengan kepekatan 2.0 EC, ada yang jual 1.5 EC dan macam-macam kepekatan baja. Buat penyelarasan dengan tambah air atau tambah baja.

Penjual meletakkan nilai EC supaya pembeli tahu pokok apa yang sesuai ditanam menggunakan nilai EC tersebut. Rujuk senarai bacaan/sukatan dalam carta diatas.

Sekiranya nutrien terlalu pekat, tambah air. Sekiranya nutrien kurang pekat, tambah baja.

Kalau nak tanam pokok, survey terlebih dahulu jadual kepekatan yang perlu pokok dapat.

Berapa kepekatan selepas pokok mula berdaun?

Berapa kepekatan selepas pokok mula merimbun?

Berapa kepekatan selepas pokok berbuah?

Semakin besar pokok lebih tinggi kepekatan nutrien diperlukan.

Semoga info ini bermanfaat buat anda.


Kredit : https://www.facebook.com/109583147401703/posts/sedikit-sharing-bacaan-dan-sukatan-ph-ec-dan-tdsbagi-mereka-yang-baru-berjinak-d/116801063346578/


Related products