Seringkali soalan ini ditimbulkan oleh pelanggan kami terutamanya yang baru ingin menceburi bidang pertanian.
Terdapat banyak pilihan daripada pelbagai pengeluar serta berbagai brand di luar sana. Ada yang di import daripada luar negara dan juga keluaran tempatan. Namun kebanyakan seed di negara kita di import daripada negara luar seperti China, Taiwan, Korea, Thailand dan Holland dan dibungkuskan semula di Malaysia.
Sedikit ilmu dan pengetahuan diperlukan apabila anda ingin membeli seed ini. Ini termasuk faktor lokasi tanaman (kawasan tanah tinggi atau rendah), teknik tanaman (konvensional, hidroponik, fertigasi), dan target pasaran anda.
Pertanian di rumah ataupun hobi, cukuplah sekadar dengan seed biasa yang dijual di nurseri tanaman atau pasaraya. Harga seed ini antara RM2.50 hingga RM5.00 bergantung kepada jenis seed itu.
Manakala bagi pertanian perniagaan (vegetables farm), seed yang lebih bermutu diperlukan bagi menghasilkan yield yang tinggi serta menepati kehendak pembeli. Biasanya hotel hotel dan high-end restoran mendambakan sayuran seperti ini.
Antara pengeluar atau brand seed yang terbaik di negara kita ialah seperti Green Eagle (Toclan merupakan agent kepada brand ini), Green World, Baba dan Serbajadi. Mereka banyak memasarkan seed untuk golongan marhaen yang ingin bercucuk tanam. Kadar pertumbuhan seed ini juga adalah agak baik antara 95%-98%.
Kami telah hampir 6 tahun menggunakan seed Green Eagle dan amat berpuas hati dengan kualiti serta kadar pertumbuhan seed mereka.
Teknik penyimpanan seed selepas dibuka daripada packet juga adalah amat penting. Ini bagi mengurangkan risiko kerosakan pada seed dan dapat digunakan untuk tempoh yang lama. Melalui pengalaman kami, seed yang disimpan dengan baik mampu bertahan hingga 3 tahun!
Apa jua pilihan anda, pastikan terus istiqomah dalam aktiviti bercucuk tanam samada bersakala besar atau sekadar "backyard gardeners"!
#terusmenghasut