Baja Cecair Hidroponik (AB) : Selamatkah Untuk Kegunaan Tanaman Hidroponik Anda?

Baja Cecair Hidroponik (AB) : Selamatkah Untuk Kegunaan Tanaman Hidroponik Anda?

Terdapat pelbagai jenis bancuhan Baja Hidroponik atau lebih dikenali sebagai Baja AB. Ada juga penjual yang mencipta sehinga C dan D!

Kandungan bahan asas utama NPK dan trace elements yang lain selalunya berlainan mengikut formula yang dicipta oleh para penjual dan biasanya bergantung kepada jenis tanaman yang mereka usahakan.

Ramai penjual yang membuat bancuhan asas kepada ratio 10ml = 1 liter air dan ada juga yang agak pekat iaitu 5ml = 1 liter air. Anda boleh menggunakan EC meter untuk menyukat bancuhan air baja.

Baja AB merupakan baja kimia (mineral chemicals) namun selamat untuk digunakan didalam pertanian. Baja AB telah digunakan dalam bidang pertanian di seluruh dunia sejak berpuluh tahun lamanya.

Elemen utama dalam baja AB diperlukan untuk tumbesaran pokok iaitu untuk akar, batang, daun dan buah.

Baja AB sesuai untuk digunakan terhadap hampir semua jenis tanaman termasuk pokok pokok hiasan/bunga.

Anda boleh menggunakan baja AB untuk tanaman anda tanpa was was dan kami pasti sekiranya ia merbahaya untuk kesihatan, sudah pasti diharamkan penggunaanya di seluruh dunia.

Apa yg sangat kita bimbangkan adalah penggunaan pesticide atau racun serangga yang disembur kepada tanaman terutamanya sayuran yang kita makan.

Hubungi kami jika anda merlukan maklumat lebih lanjut tentang penggunaan baja AB.

Berminat untuk mencuba baja AB untuk tanaman anda? Klik terus link dibawah untuk dapatkan produk baja AB dari Toclan Asia.

https://www.toclanasia.com/collections/fertilizer


Related products