Baja AB bukanlah sesuatu yang asing dalam bidang pertanian hidroponik malah ia juga sering digunapakai untuk teknik pertanian fertigasi dan sebagainya.
Baja AB merupakan baja kimia (mineral chemicals) namun selamat untuk digunakan didalam pertanian. Baja AB telah digunakan dalam bidang pertanian di seluruh dunia sejak berpuluh tahun lamanya.
Untuk pengetahuan anda, terdapat 13 elemen yang terdiri daripada Macronutrients (N,P,K,Ca,Mg,S) dan Micronutrients (CI,Fe,B,Mn,Zn,Cu,Mo) dalam penghasilan baja AB.
Jadi apakah fungsi untuk setiap elemen tersebut?
Jom kita lihat senarai dibawah :
Nitrogen (N)
- Berfungsi untuk faktor tumbesaran untuk stimulasi tumbuhan ia juga membekal pertumbuhan ranting dan daun.Kekurangan N menyebabkan pokok tidak sihat dan terbantut. Berlebihan nilai N akan menyebabkan kekurangan bunga dan buah.
Phosphorus (P)
- Fungsi sebagai penyalur perkembangan untuk pembentukkan bunga yang sihat dan benih. Kekurangan P akan sebabkan tiada pembentukkan bunga dan buah Nilai P berlebihan tidak memberi kesan pada tumbuhan tetapi bermanfaat untuk media.
Potassium (K)
- Fungsi membekal, menstimulasi pertumbuhan tisu baru, pembesaran batang, buah dan bunga dan meningkatkan nilai kemanisan buah. Kekurangan K akan menyebabkan pokok terbantut, kekurangan buah, bunga, saiz batang yang kecil dan rasa buah yg hambar. Nilai K yg berlebihan dalam media tidak merosakkan media dan pokok ia memberi kebaikan pada media.
Kalsium. (Ca)
- Fungsi membentuk dinding selular yang sihat. Kekurangan Ca menyebabkan pokok tidak sihat dan tiada bunga serta buah. Berlebihan nilai Ca tidak menyebabkan kesan sampingan dan ia memberi kebaikan pada tanah/media.
Magnesium (Mg)
- Fungsi menghantar nutrien dan mineral untuk menghasilkan klorofil dan proses biologi. Kekurangan nilai Mg akan menyebabkan daun kekuningan dan kelihatan tidak sihat. Nilai Mg berlebihan tidak merosakkan pokok dan baik untuk media.
Sulfur (S)
- Fungsi menghantar nutrien dan mineral untuk stimulasi penghasilan klorofil, haruman dan warna. Kekurangan nilai S akan menyebabkan daun dan pokok tidak sihat, tiada haruman, warna dan rasa. Nilai S yang berlebihan akan menyebabkan pokok hasilkan terlalu banyak buah/bunga dan gula yang berlebihan.
Iron (Fe)
- Fungsi melengkapkan proses dalaman iaitu penukaran proses kimia dan hasilan tenaga. Kekurangan nilai Fe akan sebabkan daun tidak segar dan mengecil serta ketebalan daun menipis. Nilai Fe berlebihan tidak memudaratkan pokok.
Zinc (Zn)
- Fungsi adalah meningkatkan nilai daya tahan pokok bila cuaca berubah dan mengubah hormon tumbuhan. Kekurangan nilai Zn menyebabkan pokok kelihatan tidak segar. Nilai Zn berlebihan tidak merosakkan pokok.
Manganese (Mn)
- Fungsi menghasilkan karbohidrat dan gula dalam proses pembesaran. Kekurangan nilai Mn akan menyebabkan pokok tidak sihat dan terbentuk titik dot pada daun. Nilai Mn yang berlebihan menyebabkan media berasid.
Copper (Cu)
- Fungsi untuk stimulasi penghasilan pigmen warna dan rasa. Kekurangan nilai Cu menyebabkan pucuk rosak dan pokok mati. Nilai Cu berlebihan menyebabkan pokok terbantut dan mati.
Boron (B)
- Fungsi menghasilkan pendebungaan, buah dan merancakkan percambahan. Kekurangan nilai B menyebabkan pokok terbantut dan mati. Nilai B yang berlebihan baik untuk media.
Molybdenum (Mo)
- Fungsi untuk menghantar nutrien dan mineral dalam penghasilan klorofil. Kekurangan sebabkan daun meleding dan pokok mati. Nilai Mo berlebihan baik untuk media.
Klorin (Cl)
- Fungsi meningkatkan kematangan, cepatkan buah masak, hasilkan rasa dan bau untuk buah/bunga. Tiada kesan sekiranya kekurangan atau berlebihan nilai Cl.
Kini anda sudah faham bukan?
Jadi tak perlu lagi ragu-ragu untuk menggunakan baja AB untuk tanaman anda, anda juga boleh mencuba produk Baja AB keluaran Toclan Asia, klik saja link dibawah :
Apa yang penting adalah elakkan menggunakan racun serangga untuk tanaman anda.
Image Source : https://www.compoundchem.com/2020/03/25/fertiliser/